Wednesday, September 15, 2010

Kasih sayang pulihkan skizofrenia (Kesihatan Minguan Malaysia, 25 April, 2010)

Dr. Tam Cai Lian
School of Health and Natural Sciences
Monash University Sunway

Skizofrenia merupakan penyakit kecelaruan yang serius. Pada hakikatnya bukan senang menyimpulkan seseorang itu bersifat skizofrenia hanya bergntung kepada dua atau tiga tanda yang berkaitan. Dianogsis yang rapi perlu dijalani oleh pakar perubatan mental sebelum memberikan keputusan. Contohnya untuk mereka yang mengidap penyakit kemurungan akan sentiasa menghadapi emosi yang sedih, manakala kecelaruan panik pula memperlihatkan keadaan cemas yang keterlaluan. Untuk kecelaruan skizofrenia pula terdiri daipada gabungan bebarapa tanda dan tingkah laku yang luar biasa dan tidak semestinya sama antara seseorang individu dengan yang lain. Seseorang individu yang mengidap penyakit kecelaruan ini mempunyai tanda-tanda yang berbeza dengan pesakit yang lain dan biasanya punca mengidap penyakit sedemikian juga berbeza-beza.

Menurut pakar psikologi, skizofrenia merupakan nama khas yang diberi kepada kumpulan individu yang mengidap penyakit mental yang mana mereka mengalami gangguan perasaan, pemikiran dan menunjukkan gerak-geri yang luar biasa. Seseorang yang mengidap penyakit sedemikian akan menghadapi kebarangkalian hilang upaya untuk berfikir secara rasional dan kritis. Ini secara langsung akan mengganggu kehidupan keluarga dan menjejaskan kerjaya sekiranya tidak diberi pemerhatian dan rawatan dari awal.

Khalayak mungkin bertanya siapakah yang berkecenderungan untuk mengidap penyakit mental ini? Jawapannya ialah sesiapa sahaja boleh mengidap skizofrenia. Namun, peluang untuk berlaku di kalangan orang umum hanya 1% sahaja iaitu satu daripada 100 orang di seluruh dunia. Di Malaysia pula, dianggarkan satu peratus daripada penduduk mengidap penyakit ini dan bilangannya adalah sama banyak antara lelaki dan perempuan. Pada hakikatnya, penyakit ini tidak seperti penyakit kulit contohnya kudis yang mana ia tidak akan berjangkit daripada seorang kepada orang lain. Menurut kajian pakar, lingkungan umur pesakit skizofrenia ialah 12 hingga 45 tahun.

Sebelum perbincangan selanjutnya mengenai skizofrenia, serba sedikit sejarah perkembangannya perlu diketahui. John Haslan (1890), seorang superintenden di hospital British telah menyenaraikan penjelasan mengenai tanda-tanda skhizofrenia. Pada masa tersebut, beliau giat melakukan pemerhatian atas apa yang dikatakan sebagai “kegilaan”. Benedict Morel (1852), pakar perubatan bangsa France telah menggunakan istilah démence précoce (perkataan Latin, précoce bererti awal ataupun sebelum matang, manakala démence pula bererti kehilangan akal dalam menjelaskan perkataan skizofrenia. Seterusnya psikiatris German (1899) telah memperkenalkan kategori yang berbeza untuk skizofrenia. Untuk istilah dementia praecox misalnya merangkumi hebephrenic, catatonic dan paranoid. Akhirnya menjelang tahun 1908, Eugen Bleuler, psikiatris bangsa Swiss pula memperkenalkan istilah skizofrenia yang bererti kecelaruan akal.

Penjelasan selanjutnya ialah tanda-tanda kecelaruan skizofrenia, punca-punca keberlakuan serta cadangan rawatan yang berkesan. Kisah sebenar berikut yang berkait dengan penyakit ini diharap dapat membantu pembaca memahami dengan lebih mudah penyakit mental ini.

Rai Man ialah seorang bujang yang berumur 30 tahun. Dia tinggal di sebuah apartment sewa di sekitar Kuala Lumpur. Sebelum itu Rai Man pernah bertukar 5 hingga 6 jenis pekerjaan yang berlainan dan kini memegang jawatan eksekutif di sebuah bank. Ibunya seorang janda dan tinggal bersama anak sulungnya yang sudah berkahwin. Bapa Rai Man telah meninggal dunia sejak Rai Man berumur 18 tahun. Hubungan Rai Man dengan bapanya amat renggang dan mereka jarang berkomunikasi dalam suasana yang mesra. Mengikut kalender Cina, Rai Man dilahirkan pada tahun naga yang mana waktu dan tarikh lahirnya dipercayai telah membawa sial kepada bapanya. Sejak kelahirannya, bapanya mengidap penyakit paru-paru dan menghadapi kesukaran untuk menyara kehidupan seisi keluarga. Malang tak berbau, si bapa mangalami kemalangan jalan raya yang menyebabkan kakinya patah. Dalam keadaan yang melarat, si ibu terpaksa membantu menjaga anak orang lain untuk menampung rezeki. Sejak kecil, Rai Man tidak pernah menikmati perasaan kasih sayang daripada bapanya. Dia amat mendahagakan belaian dan manja daripada bapanya namun hasrat ini hanya tinggal sebagai impian sahaja.

Sejak bapanya meninggal dunia, hubungan seisi keluarga menjadi renggang. Rai Man jarang meluahkan perasaan hatinya kepada sesiapa. Kebelakangan ini, Rai Man menjadi amat tidak bermaya untuk bekerja. Dia sentiasa memberitahu kawan sekeliling bahawa ada orang ingin meragut nyawanya. Ketika berada di rumah dan bekerja di pejabat, Rai Man suka bersendirian dan bercakap kepada dirinya sendiri. Rakan sejawat serta ahli keluarga mula mengesan perbezaaan yang ketara dalam tingkahlakunya. Mereka berasa hairan apa masalah sebenar yang melanda kehidupannya sehingga dia berkelakuan aneh dan seolah-olah hidup dalam fantasi kehidupannya sendiri. Tiba-tiba, Rai Man telah berhenti bekerja selama 7 hari berturut-turut tanpa memberitahu kepada pihak majikan. Ibu dan ahli keluarga berasa bimbang dan mencurigai sesuatu yang tidak kena. Mereka mendampingi Rai Man untuk mengetahui apakah sebenarnya yang telah berlaku. Menurut Rai Man, kebelakangan ini ada orang yang mengekorinya dengan tujuan untuk merompak dan membunuhnya. Ketika mencurahkan perasaan hati, air mukanya menjadi cemas dan badannya menggeletar. Ibunya turut menangis teresak-esak dan berasa amat khuatir dangan keadaan anak yang tidak stabil. Ahli keluarga berasa hairan setelah melihat Rai Man cuba menyorok diri di belakang tirai kononnya sipenjahat yang ingin membunuhnya sudah pun berada di sebelah rumah.

Selepas beberapa minggu, keadaan Rai Man menjadi semakin tenat. Dia mengalami ketidakstabilan emosi yang ketara dan menangis bersendirian. Pada mula-mulanya Rai Man enggan berjumpa doktor kerana enggan mendedahkan keadaan yang sebenar. Ibunya puas memujuk dan berikhtiar bersungguh-sungguh dan akhirnya berjaya membawanya berjumpa dengan pakar perubatan mental dan mengambil diagnosis rapi. Menurut pakar, Rai Man disahkan mengidap penyakit skizofrenia dan perlu menerima rawatan dari masa ke semasa. Pada tahap tersebut, dia mengalami tanda dramatik seperti melihat dan mendengar sesuatu yang tidak dilihat atupun didengar oleh orang lain. Keadaan ini dinamakan sebagai halusinasi “hallucination”. Di samping itu, dia juga mempunyai keepercayaan yang tidak realistik jika dibanding dengan norma masyarakat. Contohnya menurut Rai Man, ketika dikejar oleh kumpulan pengganas, menutup mata dengan tapak tangan dan menyorok di belakang tirai kononnya boleh menyelamatkan nyawa. Keadaan ini digelar delusi “delusion”. Seisi keluarga berasa amat bimbang dengan kaeadaan Rai Man dan mengajaknya tinggal bersama dengan mereka.

Rai Man sentiasa menggigil, menjerit dan mengesyaki ada orang yang mengekorinya. Dia hanya tidur lena untuk 3 hingga 4 jam sahaja setiap malam dan menimbulkan gangguan emosi kepada ahli keluarga yang lain. Pada suatu hari, Rai Man memberitahu ahi keluarga bahawa dia ingin keluar sebentar untuk membeli barangan. Namun, selepas beberapa jam masih tidak nampaknya pulang. Selepas puas mencari, rupa-rupanya dia merayau di sepanjang jalanranya, seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.

Kenapa Rai Man berkelakuan sedemikian? Adakah dia terlalu letih dan tertekan dengan kerjayanya sehingga mengalami tekanan emosi yang serius? Mungkinkah peninggalan bapanya sejak remaja menginggalkan kesan negatif yang begitu mendalam? Ataupun hubungan keluarga yang kurang baik melahirkan ketidakstabilan emosi sejak kecil? Namun, pada hakikatnya faktor sebenar yang menyebabkan berlakunya penyakit skizofrenia sukar diperolehi.

Skizofrenia boleh mempengaruhi fungsi kehidupan manusia. Untuk kebanyakan masa melalui siaran televisyen, tayangan gambar dan media semasa yang lain telah memberi satu gambaran yang kurang tepat tentang skizofrenia. Hampir 70% daripada pelakon yang mengidap penyakit ini dikatakan memaparkan perwatakan yang ganas dan berkecenderungan mencedera dan membunuh orang ketika mengamuk. Ini bererti masyarakat sering memegang konsep dan beranggapan bahawa mereka yang mengidap skizofrenia mengalami pemecahan perwatakan “split personality” yang menakutkan.

Ciri-ciri Umum Skizofrenia

Ramai pesakit skizofrenia lambat mendapatkan rawatan menyebabkan mereka sukar untuk pulih. Pada hakikatnya, ramai orang tidak mempunyai pengetahuan tentang tanda-tanda penyakit ini. Mereka tidak tahu bahawa perubahan tingkah laku yang dialamai oleh pesakit adalah berpunca daripada skizofrenia. Tidak kurang juga kumpulan yang naïf, menganggap pesakit telah dirasuk jin, syaitan ataupun hantu dan meminta bantuan secara tradisional. Menurut kajian psikologi, penyakit ini harus diberi rawatan seawal mungkin dan peluang untuk sembuh adalah amat tinggi. Namun, didapati ramai pesakit di Malaysia agak lambat dalam mendapatkan bantuan rawatan. Mereka biasanya menjadi cemas dan minta bantuan bila pesakit menjadi agresif. Kelewatan dalam menerima rawatan akan meningkatkan kerosakan pada bahagian otak dan menjadi sukar untuk sembuh. Melalui gabungan kisah Rai Man dengan tanda-tanda umum, didapati bahawa pada keseluruhannya, pengidap penyakit ini menunjukkan ciri-ciri seperti berikut:

• Menunujukkan tingkahlaku yang pelik dan luar biasa.
• Suka bercakap dan ketawa bersendirian.
• Tidak mengambil berat tentang rupa paras dan kesihatan diri.
• Tidak mengisahkan pandangan orang lain terhadap tingkahlakunya.
• Pertuturannya sukar difahami dan seolah-olah menggunakan bahasa yang hanya
difahami dirinya.
• Sentiasa mempunyai anggapan palsu bahawa wujudnya orang lain yang mengekori,
ingin mencedera, mengawal ataupun membunuhnya.
• Sentiasa melakukan kesalahan, tidak dapat menumpukan perhatian terhadap
kerjaya dan hilang keyakinan.
• Suka berkeliaran dan kadang kala menghilangkan diri tanpa memaklumkan kepada
ahli keluarga.
• Suka bangun dengan kekerapan yang tinggi ketika tidur dan menghadapi masalah
untuk tidur lena.

Tanda Positif

Salah satu tanda positf pengidap skizofrenia ialah kecelaruan kandungan pemikiran iaitu delusi. Misalnya untuk analisis kes di atas, Rai Man sering mempunyai anggapan bahwa terdapat orang yang mengekori dan ingin membunuhnya. Perasaan syak sedemikian telah meningkatkan tahap kecemasan dan menyebabkannya amat tertekan. Satu lagi tanda positif skizofrenia ialah halusinasi yang mana seseorang yang menghadapi kecelaruan ini akan berkomunikasi dengan watak-watak yang wujud dalam imaginasinya. Mereka akan berbisik, bertutur, menjerit dengan penuh perasaan tanpa menyedari bahawa kesemua ini berbentuk khayal dan tidak wujud.

Tanda Negatif

Tanda negatif termasuk kemurungan, pengasingan diri dan emosi yang tidak terkawal serta pemikiran yang tidak teratur. D antaraa tanda-tanda negative yang berhubungkait dengan tingkahlaku yang tidak normal termasuk:
• Avolition: Ketidakupayaan untuk memulakan ataupun meneruskan sesuatu
aktiviti. Pesakit yang menunjukkan tanda ini juga tidak berminat dalam
melakukan aktiviti harian contohnya menjaga kebersihan diri.
• Alogia: Ketidakupayaan untuk berkomunikasi. Pesakit yang menunjukkan tanda
alogia hanya akan menjawab dengan ringkas. Kekurangan kandungan jawapan
memperlihatkan minat yang minimum dalam sesuatu komunikasi. Misalnya bila
ditujukan soalan sedemikian kepada seseorang yang normal, “Adakah saudara
mempunyai anak?” Besar kemungkinan jawapannya ialah, ”Ya, saya mempunyai
empat orang anak yang comel.” Cuba perhatikan respon untuk pesakit dengan
tanda alogia:
Penemubual: Adakah saudara mempunyai anak?
Pesakit: Ya.
Penemubual: Berapa orang anak saudara?
Pesakit: Empat.
Menurut pakar psikologi, pesakit sedemikian menunjukkan kecelaruan pemikiran
untuk membentuk corak pemikirannya.
• Anhedonia: Istilah ini bererti kekurangan perasaan gembira. Contohnya
walaupun melakukan aktiviti yang seronok serta tiada tekanan, masih tidsak
dapat menimbulkan perasaan yang gembira seperti makan, interaksi social,
melakukan hubungan seks dan lain-lain lagi.
• Affective Flattening: Tidak memperlihatkan reaksi emosi ketika
berkomunikasi. Pesakit mungkin membalas dengan intonasi yang rata, tidak
berperasaan dan seolah-olah memakai topeng ketika berkomunikasi.


Punca dan Perkembangan Skizofrenia

Mengikut Ho, Black dsan Andreason (2002), kadar pengidapan penyakit mental ini di kalangan lelaki dan perempuan ialah 0.2% hingga 1.5% untuk populasi umum. Fish (1987) mengatakan bahawa pada peringkat kanak-kanak, seseoranag yang mengidap skizoprenia pada hakikatnya sudahpun menunjukkan tanda-tanda yang luar biasa sebelum tanda-tanda yang lebih serius dan signifikan menjelang dewasa. Jika dibandingkan dengan adik-beradik yang lain, pengidap penyakit ini memperlihatkan tingkah laku yang luar biasa yang signifikan. Seterusnya pada tahun 1997, Harrow, Sands, Silverstein dan Gold-berg telah menjalani kajian ke atas empat kumpulan prototipikal skizoprenia. Hasil kajian menunjukkan bahawa 22% daripada responden kajian mengalami cuma satu episod skizofrenia dan dapat diperbaiki keadaan mental serta tidak mengalami sebarang penjejasan otak yang kekal. Manakala 78% daripada responden yang lain mengalami beberapa kali episod dengan darjah penjejasan otak yang berbeza. Hanya 35% daripada jumlah pesakit yang pernah mengalami beberapa kali episod dengan darjah penjejasan otak yang kian meningkat dan tidak dapat pulih ke tahap mental yang normal.

Penyakit ini mempunyai gejala positif (halusinasi dan delusi), gejala negatif (kemurungan, pengasingan diri dan ketidakstabilan emosi) serta pemikiran yang tidak teratur. Antara faktor yang boleh meningkatkan risiko seseorang untuk mengidap penyakit ini termasuk pengaruh genetik, trauma (kecederaan) pada bahagian otak ketika kelahiran, isolasi (pengasingan sosial) dan tekanan hidup.

Cadangan Rawatan yang Berkesan

Berikut adalah rawatan untuk schizophrenia:

• Pengubatan yang berterusan iaitu melalui pengambilan tablet dan suntikan
untuk beberapa tahun ataupun seumur hidup untuk kes yang serius.
• Menjalani rawatan terapi elektrokonkulsif ‘’electroconculsive therapy’’
untuk kes yang serius.
• Mengisikan masa untuk aktiviti seperti kerja dan belajar agar tidak
mempunyai banyak masa lapang untuk memikirkan sesuatu yang bukan-bukan.
• Harus menerima sokongan moral daripada ahli keluarga dan rakan-rakan.

Pesakit mental ini amat memerlukan sokongan moral daripada ahli keluarga dan masyarakat untuk pulih semula. Bagi golongan yang miskin misalnya, mereka mungkin menghadapi masalah kewangan untuk merawat penyakit mereka. Jadi, bantuan teknikal dan kewangan harus dihulurkan dari pelbagai pihak supaya golongan yang malang ini turut berpeluang menerima rawatan dan menjalani kehidupan harian.
• Menerima rawatan daripada pakar yang terlatih.
• Sentiasa meluahkan perasaan hati dengan mereka yang mesra dan sudi
mendengar.

Hubungan masyarakat yang renggang terutama di kawasan bandar-bandar besar merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kejadian penyakit tersebut. Jadi, komunikasi adalah penting untuk mengelakkan seseorang daripada terus menjadi murung dan tertekan.

Kesimpulan

Jenis rawatan yang dapat menyembuhkan pesakit skizofrenia jarang diperolehi. Namun, dengan kasih sayang dan perihatin yang diberi oleh ahli keluarga amat berguna dalam memberi sokongan moral dan keyakinan kepada pesakit. Selain daripada intervensi keluarga, jenis-jenis sokongan lain seperti pendekatan psikososial, sokongan organisasi dan komuniti turut berkesan dalam memberi sumbangan bantuan kepada kumpulan pesakit yang malang. Kombinasi dengan rawatan antipsikotik yang melibatkan penggunaan dadah antipsikotik sering digunakan. Untuk ibu bapa yang mengidap penyakit ini, kebarangkalian anak-anak mewaris penyakit ini ialah lebih kurang 13%. Salah satu strategi yang berguna untuk mencegah kecelaruan skizofrenia ialah mengenalpasti samada anak-anak memperlihatkan tanda-tanda skizofrenia dan memberi rawatan seawal yang mungkin sebelum menjadi kecelaruan yang serius kemudian.

Tuesday, September 7, 2010

Michelle and Mary at Citigate Hotel (Real Sweet Memory)



Some people come into our lives and quickly go. Some stay for awhile and leave footprints in our hearts. And we are never, ever the same...

Thank you so much to Michelle and his friend who lives far apart for the excellent companionship throughout the journey. Really appreciate for the wonderful arrangement. It will remain as sweet memory forever...

Sunday, September 5, 2010

Thursday, September 2, 2010

Beautiful Scenery in Kings Park

Kings Park (the background is Swan River)

white Sandy Beaches at Sorrento

Perth Tour 26th August-01st September 2010



Michelle and I landed in the Perth Airport at 12.40 pm, 27th August.We checked in at Citigate Hotel. According to Michelle’s good friend, winter and spring are the ideal times to rug up against the chill and enjoy the spectacular views of the lovely corner of Perth.
Around 9.30 am the next morning, we started the day relaxing in the University of Western Australia over wonderful breakfast. The campus environment is tremendous. Many people say that Perth is the best city in the world. After the 6 days of wonderful tour, Michelle and I would like to strongly support that Perth is a real nice place for us to choose to live. We have deeply fallen in love with the calm and peaceful environment and earnestly hope that we’ll be able to live and work there one day.
For the more energetic people, Perth is a perfect place to stroll along the beach. We have been to Sorrento which is an awesome place for relaxation. Seagulls were flying up the sky while we were enjoying eating the famous delicious fish and chips in Sorrento. The Perth metropolitan area offers plenty of the drawcards, from the eclectic streets of Fremantle to the serenity of the Perth Hills. The awesome part of Perth would be the superb white sandy beaches and banks of the Swan River which offer long walks, swims and beautiful waterside dining.
On the 28th August, we visited places such as Kings Park, Harbour Rise and Margaret River. Wildflower Festival is the famous annual celebration in Kings Park. We were so impressed with the beautiful scenery and snapped some photoes of the Queen Victoria’s Status. Kings Park demonstrates the colourful displays of native wildflowers through out the Park’s Botanic Garden. This beautiful Park also provides community activities to suit all ages. We enjoyed our shopping in Fremantle which is a multicultural centre.
Swan River is just 25 minutes drive from the city. Swan Valley possesses fine wineries and the oasis of calm is dotted with breweries, restaurant, galleries and picnic sports. In fact, there are more than 150 restaurants for the visitors to enjoy their food. Swan Valley is also wellknown for wine testing. There are many grape farms in this valley and we have our wine testing in Sandalford Wine.
Bunbury is another nice place for weekener, or even a daytrip out with walks, cafe stops and beach activities. The beautiful developments at the Marlston Waterfront are worth the visit.
Before sunset, we visited the Margaret River Chocolate Company and bought some chocolate as gifts and souvenirs. Margaret River is a vibrant centre with relaxed atmosphere. This region is recognised as one of the world's finest wine producers. Margaret River Central has award the winning restaurants and inspiring galleries. The Geographe Wine Region in Perth is famous for their tradition in producing quality semillon, sauvignon blanc and shiraz. Many of the region’s wineries have received praise for their mediterranean varieties. At night, we have our dinner at the Chinese restaurant and the taste of food was wonderful.
On the 29th August, we drove down to Busselton. There are only four big beachside resorts in the South West and all are located in Busselton. This is a perfect place to go for beach fishing or sight seeing. We enjoyed ourself with the scenic walk, snapping of photos of the pristine white sand and sparkling of water. The 140-year-old jetty is the longest in the Southern Hemisphere. At night, we have marvelous dinner at the Goose Cafe and Restaurant which centrally located on the Busselton benchfront.
On the 30th August, we checked in Metro Hotel. The strategic location enabled us to enjoy the beautiful views across the Swan River. In fact, the newly refurbished Metro Hotel Perth is an ideal accommodation for leisure visitors within easy access to the CBD.
As a vacation retreat, Perth gives Michelle and I the sensation of an exotic far away destination without the hassle of traffic or the expense of extensive travel. Without doubt one of the Australia’s finest and most luxurious private mansion retreats, Perth offers the finest in leisure and corporate facilities.