Wednesday, May 18, 2011

Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif

Pembedahan plastik boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu pembedahan kosmetik dan pembedahan rekonstruktif. Pembedahan kosmetik bertujuan untuk memperbaiki bentuk struktur badan yang normal untuk meninggikan tahap keyakinan dan harga diri. Manakala pembedahan rekonstruktif pula bertujuan untuk memperbaiki bentuk badan dan fungsi tubuh yang cedera akibat kemalangan, penyakit dan kecacatan kelahiran. Contohnya pembedahan rekonstruktif dilakukan untuk keadaan-keadaan berikut: muka berparut dan melepuh, kening yang tidak kemas, wajah yang muncung dan merengus.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Abdul Latiff Ahmad pada 2006, sepanjang empat tahun lepas, permintaan terhadap pembedahan kosmetik dan plastik di seluruh dunia telah mencatat peningkatan mendadak iaitu 280 peratus dan negara kita Malaysia turut tidak terkecuali. Menurut beliau, kerajaan akan memperkenalkan akta baru selain meminda akta yang sedia ada untuk melindungi kepentingan pengguna yang menjalani pembedahan plastik sama ada untuk tujuan perubatan atau kecantikan. Katanya perlindungan ini penting berikutan dengan meningkatnya pihak yang mendakwa diri mereka sebagai pakar bedah kosmetik dan plastik akibat daripada permintaan tinggi masyarakat.

Terdapat banyak jenis pembedahan kosmetik yang ditawarkan oleh para pakar pembedahan plastik. Antara yang terkemuka di kalangan pengguna ialah Abdominoplasty (untuk mengetatkan dan menegangkan otot abdominal), Augmentation Mammoplasty (pembesaran payudara) dan Chemical Peel (untuk mengatasi masalah kedut di bahagian muka). Masalah Cleft Palate, Cleft Lip dan Craniofacial Surgery merupakan pembedahan rekonstruktif yang paling banyak dijalankan di Malaysia. Pembedahan plastik bukan sahaja popular di kalangan wanita tetapi juga popular di kalangan lelaki.

Pembedahan kosmetik dan rekonstruktif sememangnya menyumbang ke arah peningkatan keyakinan dan harga diri individu khususnya di kalangan wanita. Individu yang normal yang menjalani pembedahan plastik biasanya bertujuan untuk meningkatkan imej diri dan seterusnya meningkatkan tahap keyakinan dan harga diri. Sesetengah daripada mereka memilih untuk menjalankan pembedahan plastik semata-mata untuk menjadi sebahagian daripada rakan-rakan. Di samping itu meningkatkan pergaulan dan sosialisasi. Selain daripada itu, ada di antara mereka yang memilih untuk menjalankan pembedahan kerana peluang pekerjaan di pasaran biasanya tertumpu kepada mereka yang mempunyai rupa paras yang cantik serta bentuk badan yang ramping. Oleh yang demikian, ramai pemuda pemudi sanggup membelanjakan wang ringgit yang banyak untuk meningkatkan imej dengan harapan bahawa penampilan yang menarik dapat meningkatkan peluang pekerjaan.

Pembedahan rekonstruktif khususnya amat berguna untuk mangsa-mangsa kemalangan, kecacatan kelahiran dan ketumbuhan di bahangian muka. Pembedahan konstruktif akan memberikan mereka peluang untuk menjalani hidup yang normal tanpa dipandang rendah oleh orang ramai. Ini juga akan memberikan mereka peluang untuk bergaul dan diterima oleh komuniti.

Selain daripada kebaikan, pembedahan plastik juga mendatangkan kesan negatif terhadap para pengguna. Pembedahan plastik merupakan kaedah yang memerlukan pemeriksaan yang rapi dari masa ke semasa. Kos minimum satu pembedahan contohnya hidung ialah sebanyak RM2000 dan seseorang dikehendaki untuk menjalani pembedahan yang sama sekurang-kurangnya sekali dalam masa 5 tahun. Bayangkan berapa banyak seseorang individu perlu berbelanja untuk pembedahan hidung sahaja!

Pembedahan yang dijalankan dilakukan oleh pakar. Dengan itu, kemungkinan untuk kesilapan doktor mahupun pakar memang tidak boleh disangkal. Pembedahan plastik tidak memberi jaminan bahawa ia akan mendatangkan kesan yang diingini. Pembedah mempunyai risiko untuk melakukan kesilapan dan kesilapan ini akan menyebabkan jangkitan berikutan pembedahan plastik. Jika jangkitan adalah minor, maka peluang dirawat lebih tinggi. Akan tetapi, untuk jangkitan yang serius, mungkin mendatangkan komplikasi yang akan mengakibatkan kematian.

Pembedahan kosmetik pada hakikatnya akan mengakibatkan kesakitan yang teramat dan kesakitan ini berkemungkinan berlarutan dari tempoh satu hari ke sekurang-kurangnya enam bulan. Ini bermakna seseorang terpaksa menahan kesakitan daripada pembedahan plastik untuk satu tempoh yang tertentu. Lebam dan pendarahan merupakan fenomena yang normal berikutan pembedahan plastik sama ada pembedahan kosmetik ataupun pembedahan rekonstruktif. Ubat bius yang digunakan semasa pembedahan plastik juga akan mendatangkan kesan negatif terhadap pengguna walaupun kemungkinan fenomena ini adalah minimum. Contohnya, kelebihan ubat bius yang digunakan akan mengakibatkan risiko penyakit jantung, kerosakan otak dan juga kematian. Ini bererti amaun ubat bius yang diberikan tidak boleh melebihi had tertentu.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mempengaruhi anak-anak mengenai pembedahan plastik. Sesetengah ibubapa memberikan tumpuan yang berlebihan khasnya pada imej fizikal anaknya. Ada diantara mereka yang memberi komen yang kritikal dan membuat perbandingan rupa fizikal sesama adik-beradik. Perbandingan tersebut akan mempengaruhi keyakinan diri anak-anak mereka. Ini akan menyebabkan anak-anak dipengaruhi oleh konsep bahawa imej luaran seseorang adalah sangat penting dan ini akan mendorong mereka untuk menyokong pembedahan plastik walaupun mereka adalah normal. Oleh yang demikian, ibubapa seharusnya memberi sokongan moral kepada mereka yang mempunyai keyakinan diri yang rendah. Ibubapa seharusnya melimpahkan kasih sayang kepada anak-anak tanpa pilih kasih.Ini akan membantu meningkatkan keyakinan mereka dalam proses menjadi orang dewasa.

Pihak media juga memainkan peranan penting dalam mempromosikan pembedahan plastik. Kebanyakan masa, pihak media sering memaparkan imej-imej wanita muda cantik yang berbadan ramping, seksi dan menggodakan. Demi menarik pelanggan lelaki, model lelaki yang kacak dan berotot sering dipaparkan. Tanpa disedari bahawa Ini akan menggalakkan para pembaca membandingkan diri mereka dengan model-model yang dipaparkan oleh pihak media. Untuk menimbulkan kesedaran yang lebih rasional di kalangan pembaca mengenai kebaikan dan keburukan pembedahan. Pihak media sebenarnya boleh memainkan peranan mereka dengan memaparkan kes-kes pembedahan plastik yang gagal dan bukan sahaja memaparkan pembedahan yang berjaya sahaja. Ini akan memberi kesedaran yang lebih realistik kepada orang ramai mengenai apakah pembedahan plastik dan seterusnya mengurangkan kes-kes pembedahan plastik yang gagal di kalangan wanita khususnya.

Walau betapa mudahnya sesetengah pembedahan plastik, prosedurnya masih mengandungi unsur-unsur risiko yang tertentu yang mungkin memberi kesan ke atas fizikal luaran dan kesihatan seseorang. Kita seharusnya menilai dan berusaha untuk mencapai kecantikan luaran dan dalaman dengan cara yang menasabah. Kebanyakan orang muda sanggup memperbaiki rupa fizikal yang diidamkan tanpa berfikir secara mendalam apakah padah buruk yang mungkin ditanggung kemudian..

Pada hakikatnya penukaran imej luaran tidak akan menukar sahsiah dalaman seseorang. Kita seharusnya bersyukur ke atas berkat Tuhan yang merahmati kita dengan keadaan fizikal dan mental yang sihat. Mengapakah seseorang yang sihat dan normal memilih untuk menjalani pembedahan kosmetik semata-mata untuk memperbaiki imej diri? Bukan terdapat banyak cara yang lain yang boleh meningkatkan daya tarikan dna keyakinan diri? Contohnya memperbaiki cara pertuturan, mengutamakan nilia budi perkerti dan rajin menuntut ilmu demi melahirkan sahsiah yang yang menarik dan berkekalan. Akan tetapi, mereka yang mengalami kecacatan fizikal seperti kepincangan bibir dan lelangit sememangnya mempunyai alasan yang munasabah untuk menjalani pembedahan rekonstruktif supaya fungsi pertuturan tidak terjejas serta membantu meningkatkan imej luaran.

Seseorang tidak harus memilih untuk menjalani pembedahan plastik dengan alasan bahawa kebanyakan orang memilih pembedahan plastik dan mengapa mereka harus dikecualikan. Ini merupakan alasan yang paling tidak munasabah untuk membelanjakan wang ringgit yang banyak kerana ingin mengikut “trend” ataupun aliran zaman. .

Memandangkan pembedahan plastik memberikan sumbangan dan juga mendatangkan pelbagai risiko, setiap individu seharusnya membuat keputusan yang bijak sama ada menjalani pembedahan ataupun sebaliknya. Pertimbangan yang menyeluruh dan bijak harus diambil oleh setiap individu untuk mengelakkan sebarang penyesalan pada masa hadapan.

Monday, May 16, 2011

偶然

詩:徐志摩
我是天空裡的一片雲
偶爾投影在你的波心
你不必訝異無須歡喜
在轉瞬間消滅了蹤影

你我相逢在黑夜的海上
你有你的我有我的方向
你記得也好最好你忘掉
在這交會時互放的光亮

Sunday, May 1, 2011